Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Tuesday 10 January 2012

Mendulang 'emas tipu'


ORANG ramai terus sibuk mencari logam berharga yang disangka emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru semalam.



JOHOR BAHRU - Jabatan Mineral dan Geosains negeri mengesahkan logam yang disangka emas di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini sebenarnya sejenis mineral tidak berharga yang dikenali sebagai pyrite.
Walaupun ia mempunyai kilauan keemasan, warna pyrite atau juga dikenali sebagai 'emas tipu' akan bertukar hitam jika dileburkan atau selepas menjalani ujian asid.
Pengarahnya, Shahar Effendi Abdullah Azizi berkata, pihaknya telah meninjau lokasi penemuan logam tersebut pagi semalam dan membuat kajian terhadap sampel yang diambil dari situ.
"Perbezaan paling ketara antara pyrite dan emas ialah emas mempunyai kilauan lebih ketara.
"Kami tidak pernah mengetahui di kawasan ini ada emas kerana kebiasaannya, ia hanya dijumpai di kawasan-kawasan tertentu contohnya di sekitar Mersing yang terkenal dengan gelaran 'Jaluran Emas'," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Thursday 15 December 2011

Kos pengangkutan untuk produk Public Gold

Semua produk keluaran Public Gold diambil dari Pulau Pinang. Jadi, setiap produk yang dibeli akan ditambah dengan kos pengangkutan seperti jadual dibawah:


Gold bar / jongkong emas


Public Dinar

Public Silver / Jongkong Silver

Public Jewelleries / I-Series
       - Semua item = RM40

Tuesday 15 November 2011

Tukar emas lain kpd emas public gold ?


Public gold akan melancarkan program pertukaran emas keluaran syarikat lain kpd emas public gold bermula 15 Nov 2011 hingga 31 Dec 2011. Program ini dinamakan X- PLAN x- brand exchange. Apa jua emas keluaran syarikat lainyg berketulenan 24k (999) dan 22K(916) boleh ditukarkan kpd gold bar ,koin barang kemas..Segala pertanyaan boleh menghubungi manax2 cawangan Public Gold yg berdekatan dgn anda..

Elak tertipu beli emas (METRO)

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.


SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.
Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.
Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.

Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.
Click Here

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.

Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.
Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.

Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

PELABUR EMAS SEJATI Johor Bahru
Harian Metro 15/11/2011

Sunday 23 October 2011

Harga Emas Jatuh Terus?

Berita Harian  melaporkan dalam kolum Ekonomi bahawa aliran kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.

Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.

Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters

Wednesday 5 October 2011

Umpan Seks utk tarik EMAS?

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an dikatakan ligat memancing pemuda tampan berusia 20-an untuk dijadikan pengikutnya bagi dilatih menjadi ejen perbuatan khurafat menarik emas dari alam ghaib.
Wanita berkenaan yang dipanggil Kak Emi atau Ibu oleh pengikutnya dikatakan menjalankan kegiatan penipuan itu sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan setakat ini, jumlah pemuda tampan yang menjadi pengikutnya mencecah 20 orang.
Mendedahkan kegiatan wanita terbabit, pemuda mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia menjadi pengikut jemaah tarik emas itu selama lebih enam bulan sebelum melarikan diri.

Ramli, 24, berkata, selepas termasuk dalam perangkap Ibu, amat sukar melepaskan diri kerana dia bukan saja mengumpan pengikutnya dengan wang ringgit serta seks, tapi turut bersikap agresif kepada sesiapa yang cuba berpaling tadah.


“Sesiapa bersetuju menjadi pengikutnya, disyaratkan mentaati dan menyayanginya dengan cara bersalam dan mencium kedua-dua pipinya setiap kali berjumpa.

“Lebih menjelekkan, selepas menjadi pengikut, kami dikehendaki tinggal di rumah ibu dan setiap malam kami tidur beramai-ramai di ruang tamu bersama-sama dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menceritakan pengalamannya pada beberapa malam pertama tidur di rumah Ibu, Ramli berkata, dia terperanjat apabila melihat bomoh wanita itu dengan selamba memeluk rakannya secara bergilir-gilir sepanjang malam.

“Saya lihat dia peluk rakan di sebelah saya ketika saya terjaga di tengah malam untuk membuang air. Esoknya, saya bertanya kepada Ibu mengenai perbuatannya itu.

“Ibu menjelaskan dia perlu tidur bersama-sama kami semua kerana bilik tidurnya digunakan Tuan Puteri untuk beradu. Kata ibu, Tuan Puteri itulah yang membantu usaha kami untuk menarik emas,” katanya.

Menurut Ramli, dia mengesyaki rakannya yang sudah lama menjadi pengikut jemaah khurafat itu turut melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

“Apabila ada antara kami yang minta izin untuk pulang ke rumah, Ibu akan jatuh sakit secara tiba-tiba dan memberi pelbagai alasan termasuk dia sakit dada, pening kepala dan demam, sambil menagih simpati,” katanya.

Menceritakan tugas sebagai ejen menarik emas, Ramli berkata, setiap pemuda yang tinggal bersama dan menjadi pengikut Ibu dikehendaki mencari pelanggan yang berminat dengan khidmat mereka.

Menurutnya, setiap pelanggan perlu membayar RM1,350 sebagai kos perbelanjaan membeli keperluan pemujaan termasuk satu kotak kayu berukir, sebotol minyak candu hitam, dua botol air mawar dan satu bilik khas di rumah masing-masing.

“Kotak kayu itu akan disiram dengan minyak candu hitam dan dua botol air mawar akan disimpan di dalam kotak sebelum diletakkan dalam bilik khas yang dihiasi dengan taburan bunga melur dan bunga mawar.

“Kotak kayu perlu itu disimpan dalam bilik khas selama sekurang-kurangnya 40 hari sebelum boleh dibuka. Sepanjang tempoh itulah, Tuan Puteri kononnya turun menarik emas,” katanya.

Ramli berkata, dia sempat menyediakan seorang pelanggan untuk Ibu menjalankan khidmat menarik emas, namun selepas hampir dua bulan, barulah dia menyedari semua yang dijanjikan wanita itu hanya pembohongan belaka.

“Selepas kira-kira 40 hari, Ibu masuk ke bilik seorang diri mengambil kotak kayu yang disimpan di situ dan dia keluar semula dengan memegang enam uncang pelbagai jenis barang,” katanya.

* Sedikit habuan dunia tetapi menempah ke pintu neraka :)

Thursday 8 September 2011

EMAS PALSU - HATIX2

HONG KONG: Ramai peniaga barang kemas dan pemilik kedai pajak gadai mengalami kerugian besar gara-gara penipuan satu sindiket canggih.
Financial Times melaporkan, kejadian itu adalah ‘satu daripada penipuan paling licik dalam pasaran emas Hong Kong sejak beberapa dekad lalu’.

Ia berlaku ketika emas hampir mencatat harga tertinggi, iaitu kira-kira RM4,400 seauns (28 gram). Menurut sumber, penipuan itu sangat sukar dikesan.
“Peniaga emas dan pajak gadai di Hong Kong mengesan sekurang-kurangnya 5.7 kilogram emas tiruan - bernilai RM882,699 di pasaran - sepanjang tahun ini,” katanya. - AFP

Di pasaran antarabangsa beredar emas lambakan palsu dari Cina. kebanyakkannya telah beredar dan ditemukan di Hong Kong. Haywood Cheung, presiden Chinese Gold & Silver Exhange menemukan beberapa sampel emas jongkong palsu di beberapa kedai perhiasan & tempat gadaian.

Emas palsu itu sulit dibezakan dari emas asli. Permukaan batangan emas dilapisi emas asli. Bagian intinya dari logam lain.Cheung menemukan 200 oz emas lantakan palsu senilai USD 280 ribu, namun diperkirakan yg beredar di masyarakat lebih banyak lagi.

Dalam sampel yg ditemukan Cheung, campuran logam dibungkus emas murni. Logam lain itu mencapai 51% total berat. Terdiri dr 7 logam.Campuran logam tersebut: Osmium, Iridium, Ruthenium, Tembaga, nikel, besi, & rhodium yg membentuk bagian dalam kepingan emas palsu.

Beberapa logam campuran tsb punya  kandungan  mendekati emas – maka emas palsu tsb boleh dari pengujian ala Archimedes(Densimeter).Untuk mengetahui bahwa emas tsb palsu, maka harus membelah kepingan emas yg dicurigai, agar terlihat bahwa inti emas itu adalah logam yg  lain.

Kenapa kaedah bacaan Archimedes boleh terlepas dlm metode baru pemalsuan emas ini? Karena logam pengganti punya kandungan mineral jenis yg hampir sama.Massa jenis Emas: 19.3 Osmium: 20.6 Iridium: 22.56. Tiga logam ini jd pembentuk utama emas palsu ini, sisanya diisi logam lain.
Sindikat pemalsu emas ini cuma memalsukan emas lantakan ukuran kecil, krn selisih perbedaan massa jenis cukup kecil utk diabaikan.Jika dulu pemalsu emas biasanya hanya gunakan logam wolfram/tungsten yg massa jenisnya dekat dg emas. 

Emas kepingan palsu jenis baru ini boleh terlepas pemeriksaan fisik biasa. Hanya akan tahu kepalsuan bila melewati kaedah uji suhu & kimia.Kaedah baru pemalsuan emas ini dilakukan dgn cekap sekali kerana ia juga perlu modal kuat. Osmium & Iridium termasuk logam yg mahal  di bawah emas.

*pergh sedar x sedar kebanyakkan arrahnu menggunakan alat densimeter ,  dpt tahu Yapiem Ar-rahnu telah menggunakan alatan yg moden(xray) maby boleh detect.. itu pon xkan lepas kita beli gold bar nak kena gergaji tgk apa yg ada kat dlm :D