Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Monday 27 June 2011

Dolar, Euro atau Dinar?

Assalam..

Hari ini hari isnin, pagi tadi seperti kebiasaan sy akan beli suratkhabar dulu dan bersarapan sebelum masuk ofis..Tengahx2 dok belek surat khabar sinar harian(selangor) terlihat satu tajuk yg menarik perhatian sy... Iaitu

GAGALKAH MATA WANG EURO?

Aik..ingat dolar dah jatuh dunia akn ke matawang euro..belum apax2 lagi dah jadi mcm ni hahahahaha!

Jom kita lihat sedikit sedutan berita tersebut :

Kelmarin, bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw mengeluarkan kenyataan pedas bahawa Greece patut keluar daripada kumpulan negara Eropah yang menggunakan mata wang euro.

Menurut Straw, tindakan itu perlu bagi mengelakkan masalah kewangan negara itu menarik rantau tersebut ke dalam satu lagi kegawatan ekonomi.
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9219484.asp


Hahaha dulu ada dgr juga Rusia nak guna emas...
Persoalannya! ada x negara islam mahu ishtiharkan guna dinar dan dirham sebagai matawang perdagangan antarabangsa? Kembalikan mata wang syariah !

Wednesday 22 June 2011

Kenapa Harga Emas Naik?

 

 

5 asas Kenaikan Harga Emas Mencecah USD5000/oz

Mengapa Pengasas Dari Syarikat Perlombongan Emas Terbesar Kedua di Dunia Mengatakan Harga Emas Akan Mencapai USD5,000 Per Ounce!

Rockwell Richard

Jika harga emas naik ke USD 5.000 kedengarannya terlalu jauh untuk anda, anda mungkin teringat semula mungkin terdengar seperti terlalu jauh untuk harga emas pergi lebih dari USD 1,000 per ounce pada tahun 2001 ...

4November 2010

Ada 5 alasan asas bahawa emas akan pergi lebih tinggi ... dan mungkin lebih tinggi!

1) Inflasi

Jika anda bukan salah seorang yang beruntung pada tahun 2001 untuk mendapatkan mesej dan melihat kembali kenaikan harga sebanyak 400% pada emas, maka bertahanlah kerana hal ini terus berjalan yang memungkinkan anda mendapat kesempatan dengan mudah menikmatinya pada kali ini. Dengan Bank Pusat di seluruh dunia telah melancarkan sebuah program stimulus bernilai USD 12 Dolar Triliun yang melebihi dua kali ganda jumlah wang beredar di Amerika Syarikat!
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat, percetakan wang kertas beaar-besaran yang boleh memasukkan paku terakhir di peti mati dolar AS.
Ingat hubungan dengan Dollar vs Gold? Ketika dolar melemah apa yang terjadi pada emas? Emas goes UP, UP, UP!

2) Permintaan

Anda bukan seseorang sahaja yang menerima pengetahuan ini, penulisannya ada di mana-mana. Pelabur dan hedge fund sama-sama menelan lebih banyak emas dalam jumlah besar lebih dari sebelumnya. Bagi mereka di AS yang masih tertidur di switch, pelabur di India akan membeli emas dengan jumlah tidak anda inginkan.
Jangan lupa Negara China, yang tidak malu mengatakan warga itu melabur dengan membeli semua emas dan perak mengikut kemampuan mereka.
Bolehkah anda mengatakan Jutawan ? Jadi, inilah pelajaran dari Ekonomi 101. Ketika Permintaan meningkat dan penawaran menurun, apa yang terjadi pada HARGA? Kata SD Watson!

3) Ikuti "Wang Pintar"

Pernahkah anda mendengar ungkapan "Jika anda ingin menjadi kaya, ikuti apa yang orang kaya labur" Jadi, siapa orang terkaya di dunia dalam pelaburan ini? Drum roll sila ... anda mendapatkannya,
EMAS! Black Rock Inc salah satu pengurus pelaburan terbesar mengatakan bahawa tahun 2009 merupakan titik balik ... Untuk pertama kalinya dalam lebih dari 20 TAHUN Bank Pusat telah menjadi PEMBELI bersih sebagai lawan Penjual Emas Bersih.

4) Krisis Mata Wang Masa Depan

Sejarah (Isi )_______ . Kita telah melihat apa yang terjadi dengan Portugal, Sepanyol, Itali, Ireland, Iceland, dan Yunani. Kami juga telah melihat England dan ekonomi yang lain yang tak terhitung jumlahnya berjuang untuk memulihkannya.
Ini adalah SELALU apa yang terjadi dengan mata wang yang hanya disokong oleh keyakinan penerbit Bank Negara. PERNAH melihat dalam sejarah dunia, mata wang fiat (buatan manusia) yang mampu bertahan lama ... PERNAH!
Jika anda masih di luar sana berfikir bahawa Dolar AS boleh membuat "comeback" dengan semua yang telah terjadi, maka anda akan menjadi seperti petani yang tidak akan masuk ke ruangan akar bawah tanah, berfikir bahawa tornado menuju rumahnya pasti akan mengelilinginya!
Sekali lagi saya katakan TIDAK PERNAH dalam sejarah tiada satupun mata wang fiat selamat, dan dolar AS tidak mendapat pengecualian. Jika anda tidak memiliki emas, apa yang harus anda akan jelaskan ... kertas dan tinta.

5) Mudah Sebagai 1,2,3

Pindah ke $ 5,000 atau lebih pada ons ini pasti berlaku dalam 3 tahap yang berbeza, dengan setiap tahap cepat mempercepatkan untuk memdahului.
Tahap 1 mata wang akan terus menurunkan nilai sehingga hampir tidak ada nilai. Infonya - Dolar AS telah kehilangan 97% dari kuasa beli sejak awal!
Tahap 2- tahap permintaan pelaburan emas adalah terkuat di dunia dewasa ini.
Tahap 3, harga emas tidak akan bergerak secara berperingkat, tetapi lebih kepada tujahan ke atas (TAKE OFF) seperti setiap batang potongan kayu diikat pada roket! Perbandingannya harga emas hari ini nampaknya berubah seperti orang bodoh berubah.
Sumber : www.azuar.org

Tuesday 21 June 2011

Seminar Dinar/dirham ke 2

Assalam..

Jurnal kali ini mengenai pengalaman sy menghadiri seminar Dinar dan Dirham anjuran Dinihari Dinar yg ke2 bertempat di Wisma WIM(institut pengurusan wanita) Taman Tun Dr. Ismail.(gambar: bersama MC Dinihari Dinar Tuan Haji Awalludin)

Diantara pengalaman yg sy mahu berkongsi disini ialah sejarah perbezaan mata wang dolar dgn emas.
Mari kita lihat dibawah :-


YEAR DOLAR per ounce(31.1gram)
1833 1933 $20
1933 1934 $35
1934 1971 $35
2011 $1,540




Kita dpt lihat pd tahun 1833~1971 Dolar masih terikat dgn emas. Namun selepas peristiwa "penipuan terbesar mata wang " pd tahun 1971. Dolar tidak terikat lagi  dgn emas.


Peristiwa 1971

1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika. Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan system piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF.

Hmm.. kadangx2 memnag boring baca sejarah klu x minatkan ^_^
Jom kita lihat sejarah negara jiran kita Indonesia

TAHUN 1 Dinar per Rupiah
1945 Rp 500
2011 Rp 1,800,000


Wah! banyak gila..tapi  x segila di Zimbabwe ><

         Inflasi yang berlaku di Zimbabwe. 100billion dollar untuk 3 biji telur! 


macam mana plak dgn negara kita?


TAHUN 1 Dinar per RM
1971 RM 12
2011 RM 701

Apa itu wang kertas?

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya.Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

2 pandangan Hukum Beli Emas Ansuran


a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

1.Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

2.Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.


Kitab Al Muwatta' :

Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, " Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu." Rama ialah riba.

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu'z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum."

Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, "Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi."

Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :

Pertukaran EMAS dengan EMAS, dan PERAK dengan PERAK mestilah

i)Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).

ii)Mesti 'Taqabud fil hal au majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).

Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.

Bagi yang memahami asal usul wang kertas , tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum - hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu. Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.

Wang kertas bukan emas , jadi harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.

Wallahu’ alam.
(www.dinar2dirham.com)

p/s- So bagi kita yg terlibat dlm ursuniaga emas kenalah belajar ilmu feqah berkaitan muamalat ini..semoga selamat didunia dan diakhirat...jom cari kuliah agama bab ini ^^

Monday 20 June 2011

Koleksi berita tentang Emas








Ahli Sufi dan Cincin Emas


Nilai Emas Dan Manusia

Pada suatu masa dahulu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor
bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : " Tuan!
saya belum paham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa
seadanya, begitu amat sederhana. Bukankah di zaman ini, berpakaian
cantik amat perlu bukan hanya untuk penampilan sahaja namun ia juga
untuk tujuan lain lagi."

Si sufi hanya tersenyum lalu dia mencabut sebentuk cincin dari salah
satu jarinya sambil berkata : "Wahai orang muda! akan aku jawab
pertanyaanmu tetapi engkau mesti ter lebih dahulu lakukan suatu hal
untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana.
Cubalah samada engkau boleh menjualnya dengan harga satu keping emas."

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor itu lalu pemuda tadi merasa
ragu-ragu; "Satu keping emas?. Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual
dengan harga itu."

"Cubalah dulu wahai orang muda. Siapa tahu engkau berhasil
menjualnya."

Pemuda itu pun bergegas ke pasar lalu dia menawarkan cincin itu
kepada pedagang kain, penjual sayur, penjual daging dan ikan serta
kepada yang lainnya. Ternyata tak seorang pun berani membeli cincin itu
dengan harga satu keping emas. Ada juga di antara mereka yang menawarnya
dengan harga hanya satu keping perak.

Memang pemuda itu tidak berani menjualnya dengan harga satu keping
perak. Dia kembali ke tempat Zun-Nun dan memberitahu tentang keadaannya
semasa mencuba untuk menjual cincin tersebut dengan katanya ; "Wahai
tuan! tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak."

Zun-Nun tetap tersenyum faham lalu berkata, "Sekarang pergilah kamu
ke kedai emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik
kedai atau tukang emas di sana. Jangan beritahu kepadanya tentang
harganya. Dengarlah apa saja yang bakal diberitahu dan lihatlah
bagaimana d ia akan memberikan penilaian terhadap cincin ini."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan itu. Selepas itu
dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Dia kemudian
melaporkan perkara yang telah berlaku dengan katanya ; "Wahai
tuan!ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenar cincin
ini. Tukang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya
nilai cincin ini seribu kali ganda lebih tinggi daripada harga yang
ditawarkan oleh para pedagang di pasar."

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata ; "Itulah jawaban atas
pertanyaanmu tadi wahai orang muda. Seseorang tak boleh dinilai dari
pakaiannya sahaja sebagaimana hanya "para pedagang sayur, ikan dan
daging di pasar" yang menilai demikian rendah terhadap nilai cincin itu
sedangkan "pedagang emas" yang lebih arif tentangnya tidak menilai
begitu.

Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya boleh dilihat
dan dinilai jika kita mampu melihat ke dalam jiwa. Diperlukan kearifan
untuk menjenguknya. Dan itu semua memerlukan kepada proses wahai orang
muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang
kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata
loyang dan apa yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."
(halaqah.net)

Saturday 18 June 2011

Solusi # 4 - Fiat Money

Assalam..hmm agak penat sket ari ni sebab baru jer balik dr seminar Dinar dan Dirham di Taman Tun Dr.Ismail(TTDI) Damansara..

Memang best ^_^. byk ilmu yg sy baru tahu tenatang matawang syariah ini..InsyaAllah sy akan kongsikan apa yg sy perolehi dari seminar tersebut ..

Sambil sy surfing terjumpa satu artikel yg menarik tentang 'fiat money' dlm majalah islamik Solusi edisi yg ke 4 ,,yg ditulis oleh Ustaz yg tidak asing lagi dlm kewangan islam dinegara kita skrg ini..

Jom kita baca ....

Thursday 16 June 2011

ASB vs Emas, siapa johan pada 2010?



anda fikirlah…duit anda..keputusan ditangan anda…mari kita tonton video dibawah blog ini..saranan halus dari Dato Salleh Majid(bekas presiden BSKL)….

Tepuk dada tanya selera ^_^
(sumberr arkib GENG 916)

Larangan Skim Pelaburan Emas

Sekiranya anda didatangi oleh dealer/individu atau sesiapa sahaja yang menggunakan produk Public Gold bagi menyertai SKIM CEPAT KAYA atau SKIM PELABURAN, saya bagi pihak Public Gold ingin meminta kerjasama anda untuk melaporkan kepada saya atau melaporkan terus kepada Cawangan Public Gold yang terdekat.

Setakat ini modus operandi yang dikesan ialah mereka bergerak dalam kelompok yang kecil dan cuba meyakinkan para pelabur dengan menjanjikan dividen/bonus bulanan sehingga 1%-3% setiap bulan. Sekali lagi saya tekankan disini, Public Gold dan kami hanyalah berjual beli emas dalam bentuk fizikal dan anda sepatutnya akan mendapat emas fizikal bukannya sijil ataupun apa-apa kontrak. Anda semua boleh bandingkan harga yang dijual oleh Ejen Skim Cepat Kaya tersebut dengan harga yang sebenar dipaparkan di website Public Gold .




Ingat !!! Jangan mudah terpedaya dengan janji manis mereka bahawa mereka sanggup bagi dividen/bonus bulanan dan mereka memegang emas anda untuk diniagakan. Itu memang salah di sisi undang-undang dan tiada lansung etika perniagaan.

Kerjasama anda amatlah dihargai.
(Zarul danish)

Tuesday 14 June 2011

Rugi beli emas(gb) dikedai?

RUGINYA Membeli Jongkong(gold bar) Emas di Kedai Emas

 :)



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Harap anda semua sihat sejahtera.

Kali ini saya ingin bercerita tentang keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Kalau boleh biarlah pengalaman saya menjadi pengajaran untuk kita semua.

Kisah sedih nie… :(

Untuk pengetahuan anda, kedai emas ada menjual gold bar. Sebagai contoh:

1. Habib Jewel – Menjual PAMP Suisse (certificate pink) & Lady Fortuna

2. Kedai Emas biasa - PAMP Suisse gold bar (Lady Fortuna – dalam plastik biru)

3. Poh Kong – Menjual Bunga Raya Gold Bar.

Saya sendiri telah membeli 3 ketul PAMP Suisse (Lady Fortuna) dengan Kedai Emas Poh Win Melaka.

 Pada waktu tu, memang gembira rasa hatiku…

Namun setelah dibuat kajian mendalam, saya dapati membeli emas kat kedai emas ini lebih banyak kelemahannya.

Antaranya kelemahan ialah:

1. Harga yang lebih tinggi daripada harga emas antarabangsa (ikut harga FGJAM)2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi

3. Tak boleh bukak plastik cover, kalau kita buka cover plastik tersebut

     maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai.

Kisah Lady Fortuna yang dibuka.

 Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Kena pakai pisau.

buka_lady_fortuna

Kena toreh dengan pisau. Plastiknya keras.

Bukan seketul, tapi ketiga-tiganya saya buka :P

lady_fortuna_dibuka

:senyum:.. PAMP Suisse Lady Fortuna yang telah dibuka.

Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

Kemudian, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka?

2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?


Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..

“Of course kami akan beli balik, tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win”

“I see…  jadi you all akan tolak 18% la…

“Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18%” jawabnya lagi…

Pergh… bukak plastik saja kena potong 18%


Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)

Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama…

“Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?”"saya tanya..

“Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win”

“Aiya! apasal banyak sangat” saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya …

“Ooo… kalau bukak plastik kita kira used gold” jawab sales girl…

Pergh… kedai nie lagi teruk… gold bar tu dikira used gold.

Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.

Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

Kes Gold Bar Poh Kong Bunga Raya.

poh_kong_bunga_raya

Gold Bar Bunga Raya – tak boleh buka.

Isnin 16/3/2009 – Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri…  jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.

Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)

“Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong?” saya bertanya

“Oh.. ini potong dalam 11.5% encik..” jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar.

“Kalau saya buka plastik nie macammana.. u all akan ambil balik tak?” saya tanya sales girl tu..

“Oooo.. kalau buka plasik nie kita kira used gold.. akan tolak 25%”

Hati kecil saya berkata .. “Buka plastik cover yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susutnilai emas daripada 11.5% kepada 25%”

Rugi betul.

Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah…

Kalau tak boleh bukak plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu…

Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai. Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini?

So far, yang saya tahu ialah Gold Bar Public Gold.

Harganya adalah lebih murah berbanding harga kedai emas. Kemudian, boleh dibuka, digadai, dicalar… tak ada masalah asalkan berat emas tersebut masih sama.

Ini adalah jaminan daripada chairman Public Gold sendiri, Mr. Ng

Gold Bar Public Gold – kalau buka sarung plastik pun tak terjejas harganya.

Berbezaan harga belian dan jualan emas public gold pula sangat berpatutan, iaitu antara 5% ke 6% sahaja berbanding 11% ke 25% bagi kedai emas.

Jadi, saya berpendapat ia lebih menguntungkan pembeli yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Lebih cepat buat untung bila harga naik.

Kesimpulannya.

Disini saya sekadar menceritakan pengalaman peribadi saya. Ianya hanyalah panduan untuk anda semua. Jika anda ada pengalaman seperti saya, harap dapat dikongsikan bersama-sama pembaca yang lain. Lebih banyak ilmu dan pengalaman yang kita kongsikan bersama, maka kesannya lebih baik.

Pada pendapat saya, memang lebih jelas Gold Bar Public Gold lebih menguntungkan pelabur emas.



http://www.publicgold.com.my/



Dipetik daripada blog Jutawan Emas, Sifu Syukor bin Hashim,  Head of Research untuk Public Gold. Semoga dapat beri panduan & pengajaran kepada readers..

Monday 13 June 2011

Wang kertas PENIPU?

 Diantara maklumat yg ana dpt dr seminar Dinar dan Dirham adalah mengenai sejarah dan penipuan dlm penggunaan wang kertas(fiat money aka wang fiat)

Apakah maksud wang fiat

Wang yg dicetak tanpa bersandarkan sebarang aset(yg mudah ana pahami setakat ini)

Bukankah Wang-Wang Kertas Hari Ini Sudah Bersandarkan Sejumlah Emas?

Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari ini tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. 

Sejarah mencatatkan peristiwa ‘pecah amanah’ yang telah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap semua 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Sememangnya pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada sandaran emas. (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang reseb’ (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut sahaja!

Pada masa tersebut dikatakan ‘Dollar Amerika’ adalah sama seperti simpanan emas’ (Dollar Amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai’ah kepada Amerika Syarikat, Negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin.

Sejarah  mencatatkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon lah iaitu tahun 1971 Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan pada emas lagi! Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!

Dollar Amerika Sebagai ‘Matawang Reseb Dunia’ Menyapu Bersih Semua Harta Ummah Di Abad Ini

Tahukah anda sebagai ‘matawang reseb dunia’, Amerika Syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dollar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!

Amerika cetak wang sesuka hati utk beli hasil kekayaan umat islam!Kita telah diperbodohkan!

Malah semua urusan kehidupan diabad ini adalah 'tercemar'! Dengan pengunaan 'fiat money'.Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas! Ibadah haji & Umrah, pembayaran zakat, malah setiap jual beli malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA diabad ini!

Sunday 12 June 2011

Dinar & Dirham

Assalam


Kelmarin pada hari sabtu(11/6/2011) ana telah menghadiri seminar di Institut Kefahaman Islam Malaysia mengenai Dinar dan Dirham (DnD) anjuran Dinihari Dinar group.


Syukur banyak begitu ilmu yg baru dan bermanfaat diperolehi, memang x rugilah menghadiri seminar DnD dah lah percuma ^_^


Disini ana akan berkongsi serba sedikit info tentang pentingnya DnD dlm bermuamalah dlm sistem ekonomi islam pd hari ini..


  Sebelum itu mari kita kenali apa itu dinar ?


Mungkin ada yang sudah mengetahui apa itu dinar dan dirham, dan mungkin juga tidak. Dinar adalah matawang Islam berbentuk syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’


Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi.

Sejarah Dinar

Sebenarnya, sebelum zaman Rasulullah SAW lagi dinar dan dirham telah digunakan sebagai alat untuk berjual beli. Buktinya seperti dalam kisah pemuda Ashabul Kahfi. Selepas mereka dibangunkan Allah daripada tidur mereka selama 309 tahun, mereka keluar dari gua tersebut dan berjalan menuju ke kota. Mereka kemudiannya singgah di sebuah pasar untuk membeli roti. Jadi mereka meggunakan wang dirham yang mereka miliki untuk membeli roti tersebut. Akan tetapi wang dirham mereka tidak diterima kerana nilainya tidak sama dengan wang dirham baru. Nilai dirham ketika itu adalah lebih 10 kali ganda daripada nilai dirham lama yang mereka miliki sejak 3 abad sebelumnya.




Pada zaman Jahiliah,masyarakat Arab menggunakan mata wang Parsi dan Rom iaitu wang dirham perak dan wang dinar emas.Mereka juga menggunakan mata wang Himyar yang mempunyai gambar burung hantu Attic

Sezaman dengan baginda Rasulullah SAW: Koin-koin emas dan perak yang digunakan di seluruh Semenanjung Arab adalah berasal dari Empayar Byzantium dan Empayar Sasanid. Malah koin-koin emas Dinar dan Dirham tersebut terus digunakan selepas kewafatan Baginda Rasulullah SAW pada tahun 632M berterusan semasa pemerintahan Sayyidina Abu Bakar r.a.


Dalam pemerintahan khalifah Umar al-Khattab(13-23H).Khalifah Umar telah mengadakan standardisasi mata wang perak.Manakala mata wang emas mereka menggunakan sistem nomisma.

Khalifah Ali bin Abi Talib mengeluarkan mata wang dirham yang ditulis dengan khat Kufi.Baginda merupakan oarang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat Kufi.Pada waktu itu mata wang bar ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan kualiti yang masih rendah dan piawainya yang belum tetap.


Sehinggalah kezaman Bani Umayyah -Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh kerajaan Islam.


Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam, Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.

Ada juga berpandangan dinar pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman R.a. Sejak itu, dinar dan dirham menjadi matawang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Tetapi selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sebagai matawang dunia sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat bagi golongan Kuffar untuk merampas kekayaan umat Islam. Namun pada hakikatnya, ia selalu gagal. Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat “Surat janji hutang” tidak boleh digunakan sebagai medium transaksi.(ana masih mengkaji pandangan ini dlm hukum mashlahat umat ketika ini)

Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.

Saturday 11 June 2011

ASN & ASB haram?


Assalam..

Jalanx2 di alam facebook terjumpa satu post yg menarik perhatian ana di page Dinar dan Dirham berkaitan fatwa yg dikeluarkan dr Jabatan Mufti Negeri Selangor berkaitan ASB dan ASN..

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Sementara itu mari lihat Fatwa tentang ASB?ASN yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan .

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Mari ambil manfaat disini, suatu penerangan yg amat menarik tentang isu ini oleh Ustaz Zaharudin http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=663&Itemid=95

Akhir kata tepuk dada tanya iman ^_^

Tuesday 7 June 2011

Emas VS Inflasi

Assalam..

Pagi tadi sewaktu nak pergi kerja , dengar dlm radio IKIM tentang berita inflasi..sampai jer office terus cari source berita pagi tadi..

Bila dengar jer inflasi semakin naik memang x best , maknaya kos kehidupan semakin naik >< lebihx2 lagi mcm ana yg duduk di bandar :( ..

Mari kita lihat sumber berita hari ini tentang inflasi :

BEIJING 7 Jun - Inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia membayangi pemulihan ekonomi global dan boleh menjejaskan sistem kewangan, menurut seorang pegawai tinggi China.
Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China, Liu Mingkang berkata, kadar inflasi melonjak di negara maju dan membangun disebabkan pelonggaran dasar bekalan wang di Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.
Langkah itu menyebabkan kebanjiran aliran mudah tunai ke dalam pasaran komoditi global, sekali gus membawa kepada kenaikan harga. (utusan on9)

Ana terus buka laman web Bank Negara Malaysia(BNM) dan beberapa web site berkaitan inflasi tahun 2010 dan 2011(semasa) di negara kita..Hasilnya memang x menyenangkan !(anda boleh buat research sendiri) contohnya :

Inflasi Dijangka Naik 0.27 Peratus Susulan Kenaikan Kadar Tenaga
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan Isnin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. "Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus," kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini. Inflasi tahunan pada April ialah 3.2 peratus.(sumber kpdnkk)

Kesimpulannya lebih baik ketika ini ana buat simpanan (aset) dlm bentuk emas..
Diantara kelebihan emas adalah ianya kalis inflasi. Harga Emas tidak akan terjejas dengan kadar inflasi di manax2 di dunia ini dan tidak dapat di kawal oleh mana-mana pertubuhan atau negara sekali pun!


Inflasi menyebabkan penurunan nilai mata wang kertas( kekuatan nilai wang kertas1 juta hari ini tidak sama pd tahu akan dtg- seprti katax2 Master Syukor)
Ekonomi yang diamalkan dalam sistem ekonomi kapitalis yg diciptakan oleh yahudi telah menghancurkan umat islam dan manusia keseluruhannya..

Dahla peratus kenaikkan gaji tahunan ciput +- inflasi ..huhu apa yg tinggal utk keluarga anda?

Monday 6 June 2011

BiZ Kad

Assalam & slmt sejahtera

Alhamdulillah..hari ni baru jer selesaikan 1 program kuliah agama di ofis ana..kebetulan dpt call dr syarikat tempahan kad mengatakan design bisnes kad dah siap..

(Bisnes kad adalah :
sejenis alat pemasaran eksekutif, serta ia bertindak sebagai salah satu cara memperkenalkan perniagaan anda supaya dikenali ramai.)

Tgk dlm email hmm boleh tahan idea mrk..kita pun baru 1st time buat bendax2 mcm ni ^^
Perniagaan jual beli emas klu boleh perlukan maklumat(web,blog) dan contact(no fon,biz card)..
 Mudah nanti klu nak berhubung direct diantara customer dan dealer..
Kad diatas adalah muka depan dan belakang...

Tempahan kad nih kena tgk kualiti kad juga..yg mahal lagi cantik..ada yg mcm laminate, ada yg stamping..mcmx2lah kena tanya tuan kedai la klu nak tahu lebih lanjut :D

Biz kad nih boleh bawa kemana shj utk beri kpd prospek tentang maklumat Public Gold serba sedikit..^_^

Ar-Rahnu YaPIEM


 Assalam..

Semalam 5/6/2011(ahad) ana menghadiri Simposium Manhaj Bandar yg dirasmikan TPM Muhyiddin Yassin di pusat islam KL, DImana Imamx2,bilalx2 Wilayah Perseketuan dan imam muda qariyah dijemput hadir..
Kebetulan karnival Inovasi Islam 2011 sedang berlangsung di masjid negara(bersebelahan pusat islam)..lepas solat jemaah ana jalanx2 di booth terjumpa plak booth ar-rahnu- Yapiem..cantik..ana terus singgah jap sambil bertanya tentang emas yg boleh dipajak di Yapiem..sebelum tu apa maksud Yapiem?
Ohh baru tahu Yapeim adalah singkatan bg Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia..
ar-rahnu ni dibawah Koperasi Yapeim Berhad- Bila kata Berhad tu kira besarlah dari sdn bhd ^_^
Seperti biasa ana terus bertanyakan "boleh x GB dan dinar pajak kat sini"?
"Minta maaf encik setakat ni kami stop dulu gb, bila ada arahan baru dari HQ baru kami buka balik "
Hmm 2x5 mcm Agro bank la pulak jawapan dia ^_^
Berkenaan dinar, mrk suruh ana call hot line 1-300-88-1230..
Mrk memperkenalkan mesin 'metal tester' yg terbaru...Guna X-ray tuh..segala maklumat komposisi bahan akan keluar dkt screen..memang xleh tipu ..lupa nak tanya harga dia ^_^.
Diantara kelebihan ar-rahnu Yapiem ni
- pembiyaan mengikut syariah(ar-rahnu,alwadiah yad Dhamanah dan Al Qard) apa benda tuh ? nanti ana  posting bab nih ^_^
-cepat dan mudah (5 minit kalau cuci)
-barang gadaian dijamin keselamatannya (nilai insuran ana x pasti lagi)
-upah simpah yg rendah (leh rujuk laman web Yapiem)
-tempoh gadaian lama( 6+2+2)
-tiada caj pemprosesan
-lebihan hasil lelongan akan dikembalikan kpd penggadai !(dah kena lelong pun leh dpt duit ><nanti post lain ana kupas bab nih)
Nilai pinjaman marhum 65%..maksimum 25 ribu shj..
Gred emas yg hanya boleh diterima:
-999
-950
-916
-875
-835
-750
Ana terus call hot line ar-rahnu Yapiem utk mengetahui perkembangan terkini berkaitan gold bar, dinar dan baras kemas 999..




Friday 3 June 2011

Emas 999 dan 916

Hari ini kita citer psl gred emas..Kalau nak tahu knp emas dipanggil 999,916 dan sebagainya.(nanti sy postkan gredx2 emas yg sy dpt di bank rakyat masa nak bid brg kemas sana)..ia adalah disebabkan kandungan emas nya sebyk 99.9% emas atau 24k. Emas 916 pula kandungan emas dia adalah sebyk 91.6% emas, emas 999 selalunya dlm bentuk wafer(gold bar) dan syiling ,tetapi ada juga dlm betuk barang kemas selalunya ‘design’nya agak simple dan besar..(sebab emas 999 terlalu lembut)..

Diantara sebab matawang dinar dulu gred 916 sebab ia matawang yg sering bertukar tangan ..perlu tahan lasak sket…skrg pun dah seragam dinar adalah gred 916..

Kalau beli barang kemas di kedai emas kita perlu tahu gredx2 emas tersebut..skrg dah ada alat densimeter (pengukur berat dan ketumpatan emas) rasanya semua kedai emas ada..klu xder minta maaf yeer ><, dari rantai dan loket, dari subang dan pencangkuknya grednya mungkin berlainan so beli ikut harga gred emas ^_^
Terpulang kpd tuanx2 utk membeli emas 999 atau 916 (dinar dan barang kemas), emas 916 pun ada spread macam emas 999 kerana harga emas 916 tetap mengikut kenaikan harga semasa, emas 999 naik emas 916 pun naik.
Persoalannya..tempat kita nak jual balik itu dpt spread yg rendah atau tidak? Kerana barang kemas yg mahu tolak balik kat kedai emas , nilai emas akan susut nilainya hampir mencecah 15%-25%!  Belum kira yg ada batu lagi jatuh harga dia..Tokey kedai emas boleh main harga lagi dgn kiter ><..
Kita perlu tahu kos upah(penghasilan rekabentuk) barang kemas maby mahal sedikit silapx2 mencecah harga seperti emas 999..sebab design wafer(gold bar) x lah serumit dan secantik barang kemas)..Sebabtulah harga emas berbeza dikedaix2 lain walupun berat dang gred yg sama…^_^ klu x cayer cuba check harga 1 dinar dgn setiap penjual yg berlainan syarikat… ^_^
Walau apa pun, simpan emas, tidak kira emas 999 atau 916 memang untung. Cuma strategi yg mana boleh memaksimakan keuntungan..beli emas dan simpan tunggu masa dan jual..terdesak boleh pajak..cara asas yg paling mudah..

Akhir kata tukarkan simpanan wang kertas anda dlm bentuk emas..pandangan peribadi  saya dlm emas 999(gb) dan dinar ^_^ Wallahualam..

Wednesday 1 June 2011

Certificate of Public Gold Dealer

Assalamua'laikum dan slmt sejahtera..

Semalam baru pulang dr tempat kerja ada sampul surat di pintu pagar rumah..Lihat dr luaran sudah ada lambang Public Gold...Terdetik dlm hati  "knp Public gold hantar surat nih?" Mungkin aku menang Black Berry touch screen kot :D " Sebab utk normal dealer ada cabutan bertuah setiap bulan bg memenangi Black Beerry touch screen (dgr harga RM seribu lebih)..

Kalau utk Periority Dealer lagi best ! boleh dpt BMW sebiji ..x cayer leh tengok laman web rasmi public gold..Hehehe tapi bila buka sampul surat .. adalah sijil rasmi dr Public Gold Penang (HQ) ana disahkan sbg pengedar yg sah utk menjual emas keluaran Public Gold ^_^...

Kelebihan Emas Public Gold

Jika anda membeli emas Public Gold apakah kelebihannya?
-Stok yg sentiasa ada kerana Public Gold ada kilangnya sendiri di Penang. Dari seminar bersama Master Shukor ,Kapasiti pengeluaran emas Public Gold adalah 30 kg sehari. Jadi sepatutnya cukup untuk di agihkan kepada cawangan-cawangan nya.Dan mempunyai agenx2 diseluruh negeri. 
-Ketulenan Gold Bar yg dijual mempunyai kualiti 24K (99.9) dan dinar 22K(91.6)
 
-Spread yg kecil 5% - 6% (perbezaan harga beli dan jual) sehingga ada yg mengatakan jika jual dikedai emas nilai emas anda akan jatuh susut nilai sehingga 10%-25%.Anda boleh cuba survey jika nak jual emas anda ^_^
-Boleh di gadai (setakat ini hanya barang kemas , GB dan dinar hanya tempatx2 yg tertentu) Ar-Rahnu Agro Bank stop dulu, jika ia buka kembali akan diberitahu)
 
-Boleh dijual walaupun calar dan bengkok tetapi beratnya jgn kurang yer dan sijilnya klu boleh jgn hilang.

UNTUK PENGETAHUAN HARGA EMAS PUBLIC GOLD SENTIASA DIKEMASKINIKAN SETIAP 20 MINIT  LIHAT PUBLICGOLD.COM.MY

Bankx2 semakin goyah?

Baru semalam ana dgr Maybank dan CiMB sedang berusaha mengambil RHB, dulu kedengaran Bank Islam mahu ambil Bank Muamalat? Wallahualam..Yg pasti berita tentang rundinngan utk ambil RHB memang dah keluar TV smlm dan surat khabar hari ni. Pelbagai andaian yg ana jumpa yg menarik ada yg mengatakan nilai kekuatan wang kertas semakin jatuh kerana ramai pelabur pergi kpd emas..Kalau benar ! Kenapa emas?