Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Tuesday 31 May 2011

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Rujukan dari MAIWP

Sunday 29 May 2011

Pengalaman Pertama Saya dgn PG

 


Office HQ Public Gold di BukitJambul Penang...dtg terus dr selangor ke penang utk melihat sendiri kesahihan emas keluaran Public Gold ...






 
Bergambar dgn Master Cikgu Shukor Hashim(admin http://jutawanemas.com/v1/ ) di Sunway Petaling Jaya..1st seminar tentang emas ^_^.. bawa lap top tapi x guna pun..rupanya kena gi seminar MetaTrader4 baru kena guna ><



Assayer
Assayer adalah orang yang menguji ketulenan logam berharga.Hanya terdapat beberapa orang Assayer di Malaysia dan salah seorangnya adalah Mr Abdul Shukor Anuar yang digunakan kepakarannya untuk menentukan ketulenan produk Public Gold sehingga mendapat sijil Book Of Record oleh The Malaysia Book Of Record.


Sijil ketulenan gold bar Public gold

Dengan adanya “Assay Certificate” maka pembeli
boleh merasa yakin dengan kualiti emas yang dibeli.
Berat 100.00 gram harga dlm lingkugan RM 16,700








Paling penting ujian ketulenan melalui ketumpatan dgn alat 'metal tester'.Walaupun calar atau begkok Public Gold akan terima emas yg mahu dijual kembali dgn syarat beratnya masih kekal..jika tidak akan dibeli dgn harga yg bersesuaian dgn beratnya.. ^__^
1 Oz ( Troy Ounce) = 31.10 gram. 1 Dinar = 4.25 gram
Sepatutnya '22 carat' tapi air telah berlaku proses peng ion nan selepas beberapa ujian dijalankan..jadi 21 karat masih boleh diterima ^_^, so jgn terkejut klu perkara ini berlaku selepas beberapa kali densimeter yg sama digunakan (lebihx2 lagi berlaku di bank ar-rahnu)
Ketulenan keluaran produk Public Gold sehingga mendapat sijil Book Of Record oleh The Malaysia Book Of Record.

Tuan Guru Nik Aziz dan emas


Jongkong kelantan yg dihasilkan barux2 ini selepas kejayaan negeri kelantan menghasilkan Dinar Kelantan..

Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran dan hadis..
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Yusuf:20)


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)
 
 
 

Untuk pengetahuan Persatuan Ulama Malaysia (PUM)  juga menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.
 
Suatu perkara yang dulunya biasa dan amat akrab dalam kehidupan umat Islam tetapi ia kini terpinggir dan ada pihak berpendapat akibat terpinggirnya amalan itu, rata-rata umat Islam berada dalam hambatan kemiskinan sama ada dari segi iktisad (ekonomi) dan siasah (politik).

Amalan yang terpinggir itu adalah penggunaan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak. Penggunaan mata wang syariah itu lebih dekat dengan Islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti mengelakkan riba yang kebiasaannya diguna pakai secara berleluasa dalam aktiviti perbankan dan wang kertas.

Emas adalah wang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia sudah terbukti digunakan sejak daripada awal tamadun Islam sehingga ke hari ini. Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.

Malah, emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh sesebuah kerajaan seperti wang kertas menyebabkan nilainya tidak mungkin susut atau jatuh seperti mana nilai wang yang digunakan sekarang.

Public Gold dlm Metro

Harian Metro 28 Mei 2011

Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.(beli emas dpt emas, simpan dan jual ) * mudah x pening kepala..

Pelaburan dinar emas yang diketengahkan Public Gold(PG) adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.

Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.

  Salah satu opsyen yg ideal kepada orang ramai untuk melabur.menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas.(aset penyimpanan yg baik kalis inflasi)

Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,”

Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia.

Thursday 26 May 2011

1 Dinar = 1 kambing?








”Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan kepada kami, ia berkata, “Saya mendengar penduduk bercerita tentang ’Urwah, bahwa Nabi saw. memberikan wang satu Dinar kepadanya agar dibelikan seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu Dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan satu ekor kambing. Nabi saw. mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanahpun, ia pasti beruntung.” (H.R.Bukhari)
Dari hadits tersebut kita bisa tahu bahwa harga pasaran kambing yang wajar di zaman Rasulullah saw. adalah satu Dinar. Kesimpulan ini diambil dari fakta bahwa Rasulullah saw. adalah orang yang sangat adil, tentu beliau tidak akan menyuruh ‘Urwah membeli kambing dengan wang yang kurang atau berlebihan. Fakta kedua adalah ketika ‘Urwah menjual salah satu kambing yang dibelinya, ia pun menjual dengan harga satu Dinar. Memang sebelumnya ‘Urwah berhasil membeli dua kambing dengan harga satu Dinar, ini karena kepandaian beliau berdagang sehingga ia dalam hadits tersebut didoakan secara khusus oleh Rasulullah saw. Diriwayat lain ada yang mengungkapkan harga kambing sampai 2 Dinar, hal ini mungkin-mungkin saja karena di pasar kambing manapun selalu ada kambing yang kecil, sedang dan besar. Nah kalau kita anggap harga kambing yang sedang adalah satu Dinar, yang kecil setengah Dinar dan yang besar dua Dinar pada zaman Rasulullah S.A.W maka sekarangpun dengan 1/2 sampai 2 Dinar (1 dinar sekarang sekitar RM690) kita boleh membeli sesekor kambing dimanapun di seluruh dunia – ertinya setelah lebih dari 14OO tahun daya beli bagi seekor kambing adalah 1 Dinar!!(kalis inflasi).

Wednesday 25 May 2011

Syurga Emas

 
Kenapa emas? Diantaranya kerna ia selamat dr inflasi berbanding pelaburan menggunakan duit kertas..
Sedikit tips utk menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Dengan kenaikkan harga emas pd setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.Seperti kata Master Cikgu Shukor (motivator emas terkenal dimalaysia)
"Ramai dikalangan org melayu masih cetek dlm kepentingan emas" :(

Sering kali kita mendengar org berkata-
”Emas skrg mahal, tunggu turun la baru beli”
Persoalannya? adakah emas akan turun mendadak sedangkan realitinya sentiasa naik dr tahun ke tahun!

Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan(mudah x peningkan kepala beli emas dpt emas)
2. Beli dan Ar Rahnu (hanya terdesak memerlukan wang atau buat pusingan modal)
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas( pd yg minat berniaga)


CARA PALING MUDAH : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 1-4 tahun(short term).4-7 tahun(midle term) dan7 tahun keatas(long term)

Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.mlh ada yg mengatakan 30%- 50%,malah apa yg  telah berlaku dulu iaitu(gold tsunami 2005-2010=250%) !
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB (hanya 8.75% 2010 dividen 7.5% + bonus 1.25%)dan sebagainya.

Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.

Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.(paling penting utk keberkatan kehidupan :)
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.

Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM1 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 1450. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm450 sahaja .......modal yg kecil keuntungan yg kecil jika besar maka pulangan juga BESAR..