Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Sunday 24 July 2011

RM8ook Dinar n Dirham

KOTA BHARU, 24 Julai: Sebanyak RM800,000 nilai dinar dan dirham diurusniaga sepanjang  Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 di pekarangan Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.
(Peserta dari China menerima cenderahati di majlis penutup dari Haji Zulkifli Mamat)
Lebih 50,000 pengunjung pula datang menjayakan festival tersebut sejak dimulakan 14 Julai yang lalu dan memperkenalkan Bazar Tok Guru yang cuba  diburuk-burukkan oleh Umno.
“Ini satu jumlah yang cukup besar dan ianya merupakan satu kejayaan kepada Kerajaan  Negeri untuk mengingatkan semula serta mengembalikan amalan tersebut bagi kegunaan rakyat setempat dan juga  penduduk Malaysia secara amnya,’ kata Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.
Turut menjayakan festival makanan antarabangsa itu adalah peserta-peserta dari luar khususnya daripada negara China, Thailand, Kemboja, Palestin dan Iran.

Selain itu kejayaan turut dikongsi peserta-peserta daripada kerajaan negeri khususnya negeri Pulau Pinang.

Menurut Zulkifli yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan,  Kerajaan Negeri tidak menghadapi  masalah dalam memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat sejak mengambil alih pemerintahan negeri 21 tahun yang lalu.

Beliau berkata  sepanjang tempoh 21 tahun kerajaan negeri dengan dasarnya Membangun Bersama  Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyediakan ‘alternatif’ kepada permasalahan yang timbul.

“Khususnya berkaitan dengan hukum hakam agar ianya sesuai dengan kehendak agama,” katanya.
Beliau berkata, pada sepanjang festival makanan antarabgnsa ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan dinar dan dirham yang merupakan mata wang yang telah lama digunakan dalam Islam dan hampir pupus.

“Alhamdulillah, hasil daripada kejayaan Kerajaan Negeri memperkenalkan mata wang syariah tersebut  sekaligus boleh mengajak rakyat untuk melabur," katanya.

* Mari mertabatkan matawang syariah iaitu dinar(emas) dan dirham(perak)
* Dinar(emas) dan dirham(perak) perlu diperkenalkan dan digunakan sbg latihan dan persediaan bila mana wang kertas nanti akan dihapuskan oleh Dajjal, mrk akan memperkenalkan semula matawang syiling emas dan perak.(Syeikh Imran Hossein)

Friday 22 July 2011

Sabun jongkong emas?

Assalam...

Wahh hari ini baru dpt balik kg kat Batang Kali...Singgah jumpa customer kat masjid Saidina Hamzah kat Batu Caves..Alhamdulillah student pun tahu menabung masa hadapan dlm bentuk emas ^_^.

Sampai kat rumah ada surat khbar Metro semalam(jumaat) ada cerita Usahawan emas Public Gold beliau seorang pensyarah UTM. Tahniah diucapkan..

Ingat nak buka link cerita Public Gold dlm Metro ON9 terjumpa pulak cerita pasal sabun jongkong emas..lol kelakar pun ada ..Jom santaix2 sambil baca sabun emas ini :D


-Hablur emas 24k yang terdapat dalam sabun ini juga mempunyai antioksida yang tinggi sesuai untuk kulit. Ia dijual dengan harga RM69 bagi 40 gram.
-Kajian saintifik membuktikan Emas mampu menggalak penyerapan molekul oksigen ke dalam kulit serta membolehkan fungsi selular atau sel berada pada tahap paling tinggi yang menghasilkan kulit sihat berseri dan bersinar…
CARA PENGGUNAAN :
~ Gosok sabun dengan air sehingga berbuih pekat, ratakan kemuka/leher selama 2 minit kemudian bilas sehingga bersih…
~ Boleh digunakan sebagai masker seminggu sekali (biarkan diwajah selama 10 minit-kemudian bilas bersih)…
~ Sesuai untuk semua jenis kulit (kecuali jerawat yang teruk)…
~ Sesuai untuk yang berusia 18 tahun keatas lelaki dan perempuan…
sumber dari -rizi-biz.com

* Ingat emas hanya digunakan dlm barang perhiasan dan barangan elektronik shj :D

Wednesday 20 July 2011

Emas lepasi paras AS$1,600 seauns!

Assalam

Pergh..semalam lebih kurang kol 9 mlm sepatutnya kena jumpa Mater Agent MBSB kat Taman Melati tupx2 emergency kena pergi klinik kat Taman Kosas..Boringx2 bacalah surat khabar kat klinik tu..

Wow! saja jer buat terkejut sebab tgk emas sudah lepasi AS$1,600 seauns, sebab memang dah agak dah malah jgn terkejut beruk leh gi @k hujung tahun ni ..Huhuhu  Jom kita baca apa mereka kata?

Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.


Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

* Bukan ckp kosong, simpan emas menjana kekayaan, kalau nak jadi nerd ,studylah sket, nanti balik umah kira mcmmana  nak kira 1 auns baper? nak tukar dolar ke RM baper rate? Hahaha toksah peningkan kepalala..beli emas jer sekarang :D

Monday 18 July 2011

i-Series - Spread 10% !


Assalam..

Berita terbaru dr Public Gold , barang kemas 916 yg baru iaitu i-series boleh lihat harga jual dan beli pd laman web rasmi publicgold.com. Jom kita lihat apa yg ada pada produk ini?

- emas padu (densimeter akan baca 22 karat)
- spread yg rendah 10%
- boleh masuk ar-rahnu
- transport cost RM20

Tuesday 12 July 2011

Ketua Hakim Syarie citer psl Dinar

Assalamua'laikum dan slmt sejahtera..

Sambil duk surfing di internet terjumpa pandangan Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh berkaitan dgn penggunaan dinar..
Jom kita baca  dibawah ^_^

ALOR SETAR: Dunia Islam disaran menggunakan dinar emas bagi melepaskan kebergantungan kepada mata wang dolar Amerika Syarikat dalam urus niaga, kata Ketua Hakim Syarie Kedah, Datuk Syeikh Yahaya Jusoh.

Beliau berkata mata wang negara Islam boleh diselaraskan dengan dinar emas sebagai mata wang tunggal dalam urusan perdagangan dan aktiviti ekonomi di peringkat antarabangsa.
"Penggunaan dinar emas dapat membentuk identiti dan menjalin kerjasama antara negara Islam. Kita juga tidak perlu lagi menggunakan dolar Amerika," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dinar Darul Aman di Dewan Kolej Universiti Insaniah, di sini hari ini.

Syeikh Yahaya berkata beliau yakin dinar mempunyai potensi untuk dikembangkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi merealisasikan hasrat itu. - BERNAMA

Sumber Berita Harian on9 -9/7/2011

Friday 8 July 2011

Dijangka Harga Emas RM202.57 segram!

Permintaan kukuh pengguna serta pelabur global menjelang 2014
HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.

Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.

Brice menjelaskan, terdapat kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas berikutan peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu yang mana akan menggalakkan permintaan logam berharga berkenaan.

Kumpulan perbankan universal yang memiliki lebih 1,700 cawangan di seluruh dunia itu, menjangkakan ekonomi China dan India akan terus mencatatkan pertumbuhan mantap, sekali gus melonjakkan pendapatan boleh guna rakyat di negara berkenaan.

“Permintaan emas dijangka terus meningkat kerana pelabur melihat komoditi itu sebagai pelaburan lindung nilai,” katanya pada taklimat media mengenai jangkaan pelaburan pada separuh kedua tahun ini di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Brice berkata, kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) juga menyebabkan bank pusat di seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing, justeru menyokong harga komoditi itu terus didagangkan pada harga tinggi.

Sementara itu, tambah beliau, keadaan kadar faedah benar yang masih negatif di AS menawarkan persekitaran yang baik untuk emas.
“Sejarah membuktikan pulangan dalam pelaburan emas sangat tinggi ketika kadar faedah sebenar adalah negatif,” katanya.

Bekalan emas juga, katanya, dijangka mengalami kekangan dalam tempoh terdekat dan ia akan terus menyokong kenaikan harga komoditi itu.

“Kita jangkakan harga emas akan mencecah AS$2,100 pada 2014 dan AS$1,600 pada suku pertama 2012,” katanya.

Pada suku keempat tahun lalu, permintaan barang kemas di India dan China masing-masing meningkat sebanyak 52.8 peratus dan 31.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, permintaan barangan perhiasan emas global meningkat 8.5 peratus pada suku keempat lalu atau 575.2 tan berbanding tahun sebelumnya.

Pada akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Mengenai pasaran saham Malaysia, Brice berkata, pihaknya amat positif dengan prestasi saham tempatan dalam tempoh terdekat kerana kebiasaannya pasaran saham akan mencatatkan prestasi yang baik pada Julai dan Ogos.

Beliau berkata, dengan jangkaan bahawa ekonomi global akan mencatatkan pemulihan pada separuh kedua tahun ini akan menyokong prestasi pasaran saham.

* So apa tunggu lagi' Tukarkan aset wang kertas(fiat money) anda kpd emas..

Jumaat , 08 Julai 2011 (Berita Harian on9)

Monday 4 July 2011

15k leh jadi dealer PG

Assalam..

Hari yg memenatkan, ulang alik ke Hospital Ampang dan kemdian bergegas ke Gombak sbb ada kawan nak beli emas 10gram..

Sambil ajar kawan utk buat lock harga bukak jer email ada email dr Public Gold utk Dealership promotion..Wahh memang menarik..memandangkan semuanya dlm english so korang bacalah sendiri yek :D

Dear valued Dealers / Customers,
First of all, thank you for your continuous support towards Public Gold.
Your support is truly a treasure to us.
In the effort to encourage more customers to participate in Public Gold’s dealership plan, we have always come up with numerous interesting promotions in order to ease the path for customers who wish to join as Dealers and also encourage Dealers to introduce more people to be part of the Public Gold big family.
This time around, with Hari Raya being just around the corner, we have come out with a Jewellerysmith Promotion. Customers who wish to join as Dealers may purchase RM15, 000.00 worth of Public Jewellery product will be promoted as Public Gold Authorized Dealers (1%). While those who wishes to join as Priority Dealers (1.5%) may purchase RM80, 000.00 to enjoy a direct promotion to become a Priority Dealer (only eligible for new customers, not eligible for existing dealers who wish to be promoted as Priority Dealers).
To keep you update with Public Gold’s latest Dealership plan, Public Gold is now offering a special reward for same ranking or higher ranking dealer recruitment, kindly refer to the attachment for more information.

 Dealer Recruitment Drive IV: Be a True Jewellerysmith
Terms and condition: Promotion period : 1st July 2011 until 31st August 2011
Promotion type : Promotion package to join as Public Gold Dealer (1%)
Jewellerysmith package
- Purchase RM15k of Public Jewellery of any combination from the list below:
Necklace
Bracelets
Available size: 50cm
Available size: 16, 17, 18, 19, 20 cm
PJN004003-50 (12.9g)
PJB004021 (12.9g)
PJN004004-50 (6.5g)
PJB004022 (12.9g)
PJN004005-50 (10.7g)
PJB004023C (6.5g)
PJN004006-50 (6.5g)
PJB004024 (6.5g)
PJN004007-50 (10.7g)
PJB004025 (12.9g)
PJN004008C-50 (8.6g)
PJB004026 (10.7g)
*Promotion motivator:
1. THREE top sales performers who joined Public Gold as dealers through this promotion will be rewarded Public Jewellery voucher worth RM1000 EACH.
2. The 3 top performers should be among new dealers who joined through this promotion. The evaluation would be based on total accumulated PERSONAL sales from 1st July 2011 until 31st August 2011.
3. Introducers of the THREE top sales new dealers will be rewarded with RM100 cash voucher.
4. New dealers who joined through this promotion will still be entitled to participate for the BlackBerry lucky draw promotion.
Others:
Any new customer who wishes to join as Priority Dealer through this promotion may purchase a minimum RM80, 000.00 of Public Jewellery products.
Disclaimer:
1. Public Gold’s management team holds the right to make the final decision if in case any dispute or disagreement occurs.

* Bahasa mudahnya, dgn modal 15k shj anda boleh menjadi dealer Public Gold yg sah(hanya pembelian barang kemas shj, spread 8%)
* Beli barang kemas dpt barang kemas baru boleh manipulasikannya di Ar-rahnu :D

Friday 1 July 2011

Rasuah Cetakan Wang Malaysia?

Assalam..

Apa khabar semua, boringx2 dlm ofis sambil tunggu Annual Dinner mlm ni anjuran syarikat sy PERNEC Corp. mulalah mencari berita semasa berkaitan emas.
Tupx2 buka malaysiakini terbaca artikel ni ..Waahh menarik jom kita baca :

Polis Persekutuan Australia mendakwa dua firma mencetak mata wang dan enam bekas pegawai kanannya kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai asing termasuk dari Malaysia untuk mendapatkan kontrak membekalkan mata wang.

Securency International Pty Ltd dan Note Printing Australia Ltd merupakan salah satu firma utama di dunia mencetak mata wang didakwa memberi sogokan dalam bentuk wang dan biasiswa universiti kepada pegawai-pegawai kerajaan Indonesia, Malaysia dan Vietnam antara 1999 dan 2005.

Menurut laporan AFP, ketua Polis Persekutuan Australia Chris McDevitt berkata semua enam rakyat negara itu berusia antara 50 dan 66 tahun dan pernah memegang jawatan penting sebagai ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan dan ejen jualan bagi Securency atau Note Printing Australia Ltd.

Tertuduh terdiri daripada Myles Curtis, John Leckenby, Mitchell Anderson, Peter Hutchinson, Barry Brady dan Rognvald Marchant.

Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11.5(1) dan 70.2(1) Akta Kanun Jenayah 1995, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan atau denda A$1.1 juta. (sekitar RM3.6 juta).

McDevitt juga berkata siasatan masih dijalankan dan kemungkinan ada dakwaan susulan.

Dakwaan itu dibuat selari dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua orang iaitu bekas penolong gabenor Bank Negara dan seorang ahli perniagaan masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

* Itulah masalah wang fiat ni..Boleh dicetak dgn 'suker hati' jer.Lepas tu boleh plak rasuah- merasuah... Bilalah kita nak kembalikan mata wang syariah ni iaitu Dinar dan Dirham :(