Kelmarin pada hari sabtu(11/6/2011) ana telah menghadiri seminar di Institut Kefahaman Islam Malaysia mengenai Dinar dan Dirham (DnD) anjuran Dinihari Dinar group.
Disini ana akan berkongsi serba sedikit info tentang pentingnya DnD dlm bermuamalah dlm sistem ekonomi islam pd hari ini..
Sebelum itu mari kita kenali apa itu dinar ?
Mungkin ada yang sudah mengetahui apa itu dinar dan dirham, dan mungkin juga tidak. Dinar adalah matawang Islam berbentuk syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
Dinar ialah koin yang ditempa dari bahan logam emas dan Dirham pula ialah koin yang ditempa dari bahan logam perak. Perkataan ‘Dinar’ berasal dari perkataan ‘Denarius’ iaitu koin emas matawang Romawi yang digunakan sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Perkataan ‘Dirham’ pula berasal dari perkataan ‘Drachma’ iaitu koin matawang perak Parsi.
Sejarah Dinar
Pada zaman Jahiliah,masyarakat Arab menggunakan mata wang Parsi dan Rom iaitu wang dirham perak dan wang dinar emas.Mereka juga menggunakan mata wang Himyar yang mempunyai gambar burung hantu Attic
Dalam pemerintahan khalifah Umar al-Khattab(13-23H).Khalifah Umar telah mengadakan standardisasi mata wang perak.Manakala mata wang emas mereka menggunakan sistem nomisma.
Khalifah Ali bin Abi Talib mengeluarkan mata wang dirham yang ditulis dengan khat Kufi.Baginda merupakan oarang pertama yang mengadakan reformasi mata wang Islam yang dilakukan di kota Basrah pada tahun 660M dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat Kufi.Pada waktu itu mata wang bar ini belum dapat diedarkan secara rasmi di pasaran disebabkan kualiti yang masih rendah dan piawainya yang belum tetap.
Sehinggalah kezaman Bani Umayyah -Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan (685-705M) tanpa ada koin-koin penempaan khusus oleh kerajaan Islam.
Pada tahun 75H terjadi suatu perselisihan antara Maharaja Byzantium dengan Khalifah Abdul Malik ibnu Marwan r.a. Demi mempertahankan keunggulan Kerajaan Berkhalifah Islam, Baginda telah memerintahkan penempaan koin-koin emas Dinar dan perak Dirham Kerajaan Islam yang pertama.
Ini bermakna bahawa koin-koin emas Dinar dan perak Dirham adalah matawang yang universal tanpa mengira negara yang menempanya. Ianya adalah suatu alat pertukaran yang tidak kenal bangsa dan negara kerana semua menerima dan menggunakannya sebagai suatu alat pertukaran yang utuh dan teguh tanpa memerlukan sokongan dari mana-mana kuasa pemerintahan atau negara.
No comments:
Post a Comment