Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Sunday 24 July 2011

RM8ook Dinar n Dirham

KOTA BHARU, 24 Julai: Sebanyak RM800,000 nilai dinar dan dirham diurusniaga sepanjang  Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 di pekarangan Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.
(Peserta dari China menerima cenderahati di majlis penutup dari Haji Zulkifli Mamat)
Lebih 50,000 pengunjung pula datang menjayakan festival tersebut sejak dimulakan 14 Julai yang lalu dan memperkenalkan Bazar Tok Guru yang cuba  diburuk-burukkan oleh Umno.
“Ini satu jumlah yang cukup besar dan ianya merupakan satu kejayaan kepada Kerajaan  Negeri untuk mengingatkan semula serta mengembalikan amalan tersebut bagi kegunaan rakyat setempat dan juga  penduduk Malaysia secara amnya,’ kata Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan.
Turut menjayakan festival makanan antarabangsa itu adalah peserta-peserta dari luar khususnya daripada negara China, Thailand, Kemboja, Palestin dan Iran.

Selain itu kejayaan turut dikongsi peserta-peserta daripada kerajaan negeri khususnya negeri Pulau Pinang.

Menurut Zulkifli yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan,  Kerajaan Negeri tidak menghadapi  masalah dalam memenuhi tuntutan dan kehendak rakyat sejak mengambil alih pemerintahan negeri 21 tahun yang lalu.

Beliau berkata  sepanjang tempoh 21 tahun kerajaan negeri dengan dasarnya Membangun Bersama  Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyediakan ‘alternatif’ kepada permasalahan yang timbul.

“Khususnya berkaitan dengan hukum hakam agar ianya sesuai dengan kehendak agama,” katanya.
Beliau berkata, pada sepanjang festival makanan antarabgnsa ini, Kerajaan Negeri memperkenalkan dinar dan dirham yang merupakan mata wang yang telah lama digunakan dalam Islam dan hampir pupus.

“Alhamdulillah, hasil daripada kejayaan Kerajaan Negeri memperkenalkan mata wang syariah tersebut  sekaligus boleh mengajak rakyat untuk melabur," katanya.

* Mari mertabatkan matawang syariah iaitu dinar(emas) dan dirham(perak)
* Dinar(emas) dan dirham(perak) perlu diperkenalkan dan digunakan sbg latihan dan persediaan bila mana wang kertas nanti akan dihapuskan oleh Dajjal, mrk akan memperkenalkan semula matawang syiling emas dan perak.(Syeikh Imran Hossein)

No comments:

Post a Comment