Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Friday 1 July 2011

Rasuah Cetakan Wang Malaysia?

Assalam..

Apa khabar semua, boringx2 dlm ofis sambil tunggu Annual Dinner mlm ni anjuran syarikat sy PERNEC Corp. mulalah mencari berita semasa berkaitan emas.
Tupx2 buka malaysiakini terbaca artikel ni ..Waahh menarik jom kita baca :

Polis Persekutuan Australia mendakwa dua firma mencetak mata wang dan enam bekas pegawai kanannya kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai asing termasuk dari Malaysia untuk mendapatkan kontrak membekalkan mata wang.

Securency International Pty Ltd dan Note Printing Australia Ltd merupakan salah satu firma utama di dunia mencetak mata wang didakwa memberi sogokan dalam bentuk wang dan biasiswa universiti kepada pegawai-pegawai kerajaan Indonesia, Malaysia dan Vietnam antara 1999 dan 2005.

Menurut laporan AFP, ketua Polis Persekutuan Australia Chris McDevitt berkata semua enam rakyat negara itu berusia antara 50 dan 66 tahun dan pernah memegang jawatan penting sebagai ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan dan ejen jualan bagi Securency atau Note Printing Australia Ltd.

Tertuduh terdiri daripada Myles Curtis, John Leckenby, Mitchell Anderson, Peter Hutchinson, Barry Brady dan Rognvald Marchant.

Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11.5(1) dan 70.2(1) Akta Kanun Jenayah 1995, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan atau denda A$1.1 juta. (sekitar RM3.6 juta).

McDevitt juga berkata siasatan masih dijalankan dan kemungkinan ada dakwaan susulan.

Dakwaan itu dibuat selari dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua orang iaitu bekas penolong gabenor Bank Negara dan seorang ahli perniagaan masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

* Itulah masalah wang fiat ni..Boleh dicetak dgn 'suker hati' jer.Lepas tu boleh plak rasuah- merasuah... Bilalah kita nak kembalikan mata wang syariah ni iaitu Dinar dan Dirham :(

No comments:

Post a Comment