Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Monday 27 June 2011

Dolar, Euro atau Dinar?

Assalam..

Hari ini hari isnin, pagi tadi seperti kebiasaan sy akan beli suratkhabar dulu dan bersarapan sebelum masuk ofis..Tengahx2 dok belek surat khabar sinar harian(selangor) terlihat satu tajuk yg menarik perhatian sy... Iaitu

GAGALKAH MATA WANG EURO?

Aik..ingat dolar dah jatuh dunia akn ke matawang euro..belum apax2 lagi dah jadi mcm ni hahahahaha!

Jom kita lihat sedikit sedutan berita tersebut :

Kelmarin, bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw mengeluarkan kenyataan pedas bahawa Greece patut keluar daripada kumpulan negara Eropah yang menggunakan mata wang euro.

Menurut Straw, tindakan itu perlu bagi mengelakkan masalah kewangan negara itu menarik rantau tersebut ke dalam satu lagi kegawatan ekonomi.
http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9219484.asp


Hahaha dulu ada dgr juga Rusia nak guna emas...
Persoalannya! ada x negara islam mahu ishtiharkan guna dinar dan dirham sebagai matawang perdagangan antarabangsa? Kembalikan mata wang syariah !

No comments:

Post a Comment