Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Saturday 11 June 2011

ASN & ASB haram?


Assalam..

Jalanx2 di alam facebook terjumpa satu post yg menarik perhatian ana di page Dinar dan Dirham berkaitan fatwa yg dikeluarkan dr Jabatan Mufti Negeri Selangor berkaitan ASB dan ASN..

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional.

Sementara itu mari lihat Fatwa tentang ASB?ASN yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan .

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta penerimaan dividen dengan bonus pelaburan itu diharuskan dari segi hukum syarak.Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya mendapati pelaburan berkenaan dibenarkan dalam Islam selepas meneliti dan mempertimbangkan maslahatnya (faedah).

Mari ambil manfaat disini, suatu penerangan yg amat menarik tentang isu ini oleh Ustaz Zaharudin http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=663&Itemid=95

Akhir kata tepuk dada tanya iman ^_^

No comments:

Post a Comment