Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Tuesday 7 June 2011

Emas VS Inflasi

Assalam..

Pagi tadi sewaktu nak pergi kerja , dengar dlm radio IKIM tentang berita inflasi..sampai jer office terus cari source berita pagi tadi..

Bila dengar jer inflasi semakin naik memang x best , maknaya kos kehidupan semakin naik >< lebihx2 lagi mcm ana yg duduk di bandar :( ..

Mari kita lihat sumber berita hari ini tentang inflasi :

BEIJING 7 Jun - Inflasi yang semakin meningkat di seluruh dunia membayangi pemulihan ekonomi global dan boleh menjejaskan sistem kewangan, menurut seorang pegawai tinggi China.
Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan China, Liu Mingkang berkata, kadar inflasi melonjak di negara maju dan membangun disebabkan pelonggaran dasar bekalan wang di Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.
Langkah itu menyebabkan kebanjiran aliran mudah tunai ke dalam pasaran komoditi global, sekali gus membawa kepada kenaikan harga. (utusan on9)

Ana terus buka laman web Bank Negara Malaysia(BNM) dan beberapa web site berkaitan inflasi tahun 2010 dan 2011(semasa) di negara kita..Hasilnya memang x menyenangkan !(anda boleh buat research sendiri) contohnya :

Inflasi Dijangka Naik 0.27 Peratus Susulan Kenaikan Kadar Tenaga
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Kerajaan menjangka inflasi meningkat 0.27 peratus berikutan kenaikan tarif tenaga yang diumumkan Isnin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. "Ini (kenaikan) merupakan suku daripada satu peratus," kata beliau pada sidang akhbar bersama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di sini. Inflasi tahunan pada April ialah 3.2 peratus.(sumber kpdnkk)

Kesimpulannya lebih baik ketika ini ana buat simpanan (aset) dlm bentuk emas..
Diantara kelebihan emas adalah ianya kalis inflasi. Harga Emas tidak akan terjejas dengan kadar inflasi di manax2 di dunia ini dan tidak dapat di kawal oleh mana-mana pertubuhan atau negara sekali pun!


Inflasi menyebabkan penurunan nilai mata wang kertas( kekuatan nilai wang kertas1 juta hari ini tidak sama pd tahu akan dtg- seprti katax2 Master Syukor)
Ekonomi yang diamalkan dalam sistem ekonomi kapitalis yg diciptakan oleh yahudi telah menghancurkan umat islam dan manusia keseluruhannya..

Dahla peratus kenaikkan gaji tahunan ciput +- inflasi ..huhu apa yg tinggal utk keluarga anda?

No comments:

Post a Comment