Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Monday 6 June 2011

Ar-Rahnu YaPIEM


 Assalam..

Semalam 5/6/2011(ahad) ana menghadiri Simposium Manhaj Bandar yg dirasmikan TPM Muhyiddin Yassin di pusat islam KL, DImana Imamx2,bilalx2 Wilayah Perseketuan dan imam muda qariyah dijemput hadir..
Kebetulan karnival Inovasi Islam 2011 sedang berlangsung di masjid negara(bersebelahan pusat islam)..lepas solat jemaah ana jalanx2 di booth terjumpa plak booth ar-rahnu- Yapiem..cantik..ana terus singgah jap sambil bertanya tentang emas yg boleh dipajak di Yapiem..sebelum tu apa maksud Yapiem?
Ohh baru tahu Yapeim adalah singkatan bg Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia..
ar-rahnu ni dibawah Koperasi Yapeim Berhad- Bila kata Berhad tu kira besarlah dari sdn bhd ^_^
Seperti biasa ana terus bertanyakan "boleh x GB dan dinar pajak kat sini"?
"Minta maaf encik setakat ni kami stop dulu gb, bila ada arahan baru dari HQ baru kami buka balik "
Hmm 2x5 mcm Agro bank la pulak jawapan dia ^_^
Berkenaan dinar, mrk suruh ana call hot line 1-300-88-1230..
Mrk memperkenalkan mesin 'metal tester' yg terbaru...Guna X-ray tuh..segala maklumat komposisi bahan akan keluar dkt screen..memang xleh tipu ..lupa nak tanya harga dia ^_^.
Diantara kelebihan ar-rahnu Yapiem ni
- pembiyaan mengikut syariah(ar-rahnu,alwadiah yad Dhamanah dan Al Qard) apa benda tuh ? nanti ana  posting bab nih ^_^
-cepat dan mudah (5 minit kalau cuci)
-barang gadaian dijamin keselamatannya (nilai insuran ana x pasti lagi)
-upah simpah yg rendah (leh rujuk laman web Yapiem)
-tempoh gadaian lama( 6+2+2)
-tiada caj pemprosesan
-lebihan hasil lelongan akan dikembalikan kpd penggadai !(dah kena lelong pun leh dpt duit ><nanti post lain ana kupas bab nih)
Nilai pinjaman marhum 65%..maksimum 25 ribu shj..
Gred emas yg hanya boleh diterima:
-999
-950
-916
-875
-835
-750
Ana terus call hot line ar-rahnu Yapiem utk mengetahui perkembangan terkini berkaitan gold bar, dinar dan baras kemas 999..




No comments:

Post a Comment