Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Monday 13 June 2011

Wang kertas PENIPU?

 Diantara maklumat yg ana dpt dr seminar Dinar dan Dirham adalah mengenai sejarah dan penipuan dlm penggunaan wang kertas(fiat money aka wang fiat)

Apakah maksud wang fiat

Wang yg dicetak tanpa bersandarkan sebarang aset(yg mudah ana pahami setakat ini)

Bukankah Wang-Wang Kertas Hari Ini Sudah Bersandarkan Sejumlah Emas?

Tidak! Tahukah anda bahawa wang-wang kertas dalam edaran diseluruh dunia hari ini tiada apa-apa sandaran kepada emas dan perak sejak tahun 1971 lagi? Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tana perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. 

Sejarah mencatatkan peristiwa ‘pecah amanah’ yang telah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat pada perjanjian Brettonwoods 1945 terhadap semua 44 buah negara yang menandatangani perjanjian tersebut.
Sememangnya pada mulanya Amerika Syarikat menjanjikan dan menjamin bahawa setiap Dollar Amerika ada sandaran emas. (USD35/oz emas). Tetapi ini hanyalah tipu-daya mereka memerangkapkan ummah menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang reseb’ (Reserve Currency) menggantikan emas yang disimpan di 44 buah negara tersebut sahaja!

Pada masa tersebut dikatakan ‘Dollar Amerika’ adalah sama seperti simpanan emas’ (Dollar Amerika as good as gold). Setelah semua ahli menerima dan memberikan bai’ah kepada Amerika Syarikat, Negara ini mula mencetak lebih banyak Dollar daripada sandaran emas yang ada! Penipuan ini terbongkar sehingga ada pemimpin-pemimpin negara yang sedar segera meminta emas yang dijamin.

Sejarah  mencatatkan pada masa pemerintahan Presiden Richard Nixon lah iaitu tahun 1971 Amerika Syarikat mengistiharkan bahawa semua matawang kertas sudah tidak perlu bersandarkan pada emas lagi! Semua wang-wang kertas adalah dibebaskan terapung di pasaran matawang semata-mata menjadikan nilainya sesama sendiri tiada harga sedikit pun! inilah penipuan yang paling hebat dalam sejarah kemanusiaan!

Dollar Amerika Sebagai ‘Matawang Reseb Dunia’ Menyapu Bersih Semua Harta Ummah Di Abad Ini

Tahukah anda sebagai ‘matawang reseb dunia’, Amerika Syarikat telah/boleh membeli semua kekayaan dunia hari ini? Ini bermakna kita kononnya menjual kepada mereka hasil mahsul negara kita seperti minyak, kelapa sawit, getah, barang-barang elektronik dan mereka hanya perlu memberikan wang-wang kertas Dollar Amerika yang tiada sebarang nilai sebenar!

Amerika cetak wang sesuka hati utk beli hasil kekayaan umat islam!Kita telah diperbodohkan!

Malah semua urusan kehidupan diabad ini adalah 'tercemar'! Dengan pengunaan 'fiat money'.Termasuklah ibadah-ibadah kita turut terjejas! Ibadah haji & Umrah, pembayaran zakat, malah setiap jual beli malah sebuah kehidupan DEENUL ISLAM adalah tercemar dengan penipuan amalan RIBA diabad ini!

No comments:

Post a Comment