Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Monday 20 June 2011

Ahli Sufi dan Cincin Emas


Nilai Emas Dan Manusia

Pada suatu masa dahulu, di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor
bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : " Tuan!
saya belum paham mengapa orang seperti tuan mesti berpakaian apa
seadanya, begitu amat sederhana. Bukankah di zaman ini, berpakaian
cantik amat perlu bukan hanya untuk penampilan sahaja namun ia juga
untuk tujuan lain lagi."

Si sufi hanya tersenyum lalu dia mencabut sebentuk cincin dari salah
satu jarinya sambil berkata : "Wahai orang muda! akan aku jawab
pertanyaanmu tetapi engkau mesti ter lebih dahulu lakukan suatu hal
untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana.
Cubalah samada engkau boleh menjualnya dengan harga satu keping emas."

Melihat cincin Zun-Nun yang kotor itu lalu pemuda tadi merasa
ragu-ragu; "Satu keping emas?. Saya tidak yakin cincin ini boleh dijual
dengan harga itu."

"Cubalah dulu wahai orang muda. Siapa tahu engkau berhasil
menjualnya."

Pemuda itu pun bergegas ke pasar lalu dia menawarkan cincin itu
kepada pedagang kain, penjual sayur, penjual daging dan ikan serta
kepada yang lainnya. Ternyata tak seorang pun berani membeli cincin itu
dengan harga satu keping emas. Ada juga di antara mereka yang menawarnya
dengan harga hanya satu keping perak.

Memang pemuda itu tidak berani menjualnya dengan harga satu keping
perak. Dia kembali ke tempat Zun-Nun dan memberitahu tentang keadaannya
semasa mencuba untuk menjual cincin tersebut dengan katanya ; "Wahai
tuan! tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak."

Zun-Nun tetap tersenyum faham lalu berkata, "Sekarang pergilah kamu
ke kedai emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik
kedai atau tukang emas di sana. Jangan beritahu kepadanya tentang
harganya. Dengarlah apa saja yang bakal diberitahu dan lihatlah
bagaimana d ia akan memberikan penilaian terhadap cincin ini."

Pemuda itu pun pergi ke kedai emas yang dimaksudkan itu. Selepas itu
dia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Dia kemudian
melaporkan perkara yang telah berlaku dengan katanya ; "Wahai
tuan!ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sebenar cincin
ini. Tukang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya
nilai cincin ini seribu kali ganda lebih tinggi daripada harga yang
ditawarkan oleh para pedagang di pasar."

Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata ; "Itulah jawaban atas
pertanyaanmu tadi wahai orang muda. Seseorang tak boleh dinilai dari
pakaiannya sahaja sebagaimana hanya "para pedagang sayur, ikan dan
daging di pasar" yang menilai demikian rendah terhadap nilai cincin itu
sedangkan "pedagang emas" yang lebih arif tentangnya tidak menilai
begitu.

Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang hanya boleh dilihat
dan dinilai jika kita mampu melihat ke dalam jiwa. Diperlukan kearifan
untuk menjenguknya. Dan itu semua memerlukan kepada proses wahai orang
muda. Kita tak boleh menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang
kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata
loyang dan apa yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas."
(halaqah.net)

No comments:

Post a Comment