IPOH - Janji sebuah syarikat pelaburan skim emas memulangkan wang sebanyak RM411.19 juta kepada hampir 7,000 pelaburnya sekadar memberi kelegaan selama dua hari selepas kenyataan itu dibidas Bank Negara Malaysia (BNM), semalam.

Sehubungan itu, BNM ingin memaklumkan orang ramai bahawa sebarang pengaturan bayaran semula pelaburan yang diumumkan syarikat itu sebelum ini adalah urusan persendirian antara Bestino dengan pelaburnya.
BNM juga menegaskan, ia tidak terbabit dalam sebarang urusan pembayaran wang pelabur syarikat berkenaan.
Pihak BNM pada masa sama turut memaklumkan kes terhadap pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd masih lagi berlangsung dan tarikh perbicaraan seterusnya ditetapkan pada 19 September ini.
Empat pengarah syarikat pelaburan berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23 Februari lalu kerana kesalahan pengambilan deposit secara haram di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Kenyataan BNM ini susulan sidang media dibuat pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd, Chong Yuk Ming di rumahnya, Rabu lalu yang berjanji mahu membayar balik pelaburan skim emas dibuat oleh 6,740 pelaburnya membabitkan wang keseluruhan berjumlah RM411.19 juta.
Chong pada sidang akhbar sebelum ini mendakwa, pihak syarikat akan mengembalikan wang pelabur secara ansuran dengan bayaran permulaan membabitkan 25 peratus daripada jumlah pelaburan asal masing-masing.
"Kami berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula. Ia akan dilakukan menerusi pihak pentadbir yang dipersetujui oleh Bank Negara,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, pihak syarikat tidak akan membayar sebarang dividen kerana tidak mempunyai kapasiti berbuat demikian.
Ditanya bagaimana pembayaran dibuat ekoran akaun syarikat dibekukan oleh Bank Negara, Chong berkata, kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang termasuk mencairkan aset syarikat di sana.
Dakwanya, beberapa bulan sebelum syarikat itu mula disiasat pada Jun 2009, syarikat itu sudah memulakan aktiviti melombong emas di dua lombong di Papua New Guinea, tetapi terpaksa dihentikan tidak lama kemudian selepas Bank Negara membekukan akaun syarikat terbabit.
kalau pelabur dah kene tipu pasal skim pelaburan nih.mustahil lah nak dapat balik duit yang dah dilaburkan tu.huhuhu
ReplyDeleteSemalam mrk pelabur sudah serbu kementerian kewangan..habis terkena lagi mangsa skim emas kedua lepas genneva gold.
ReplyDelete