Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Sunday 29 May 2011

Public Gold dlm Metro

Harian Metro 28 Mei 2011

Public Fine Gold international Sdn Bhd (Public Gold), memberi pilihan kepada orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menggunakan emas sebagai aset pelaburan masa kini, sekali gus menjamin pulangan lebih tinggi pada masa depan.(beli emas dpt emas, simpan dan jual ) * mudah x pening kepala..

Pelaburan dinar emas yang diketengahkan Public Gold(PG) adalah sebagai pengganti kepada pelaburan dalam bentuk mata wang masa kini yang tidak bersifat stabil dan bergantung kepada kedudukan ekonomi dunia.

Public Gold menawarkan emas fizikal dalam bentuk jongkong dan syiling emas dengan kadar ketulenan 999.9 peratus selain dinar emas 916 yang boleh dijual mengikut harga emas antarabangsa.

  Salah satu opsyen yg ideal kepada orang ramai untuk melabur.menggantikan penggunaan wang tunai sebagai pelaburan dengan dinar emas.(aset penyimpanan yg baik kalis inflasi)

Di masa depan, kita tidak tahu apa yang berlaku terhadap nilai mata wang yang kita miliki kerana jika kita melabur dalam jumlah yang banyak sekalipun, jika nilainya jatuh, maka itu bermakna kita akan rugi,”

Ini tidak berlaku kepada emas kerana kesan perang sekalipun tidak akan menyusutkan nilainya yang mempunyai permintaan di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment