Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Sunday 29 May 2011

Tuan Guru Nik Aziz dan emas


Jongkong kelantan yg dihasilkan barux2 ini selepas kejayaan negeri kelantan menghasilkan Dinar Kelantan..

Bermuamalah menggunakan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak jelas termaktub di dalam syariat Islam, malah perkataan dinar serta dirham disebut dalam beberapa surah al-Quran dan hadis..
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Yusuf:20)


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)
 
 
 

Untuk pengetahuan Persatuan Ulama Malaysia (PUM)  juga menyokong penggunaan dinar dan dirham sebagai langkah alternatif menggantikan mata wang konvensional yang ketika ini semakin menyusut.
 
Suatu perkara yang dulunya biasa dan amat akrab dalam kehidupan umat Islam tetapi ia kini terpinggir dan ada pihak berpendapat akibat terpinggirnya amalan itu, rata-rata umat Islam berada dalam hambatan kemiskinan sama ada dari segi iktisad (ekonomi) dan siasah (politik).

Amalan yang terpinggir itu adalah penggunaan mata wang syariah bernilai hakiki iaitu dinar emas dan dirham perak. Penggunaan mata wang syariah itu lebih dekat dengan Islam dan mempunyai pelbagai kelebihan seperti mengelakkan riba yang kebiasaannya diguna pakai secara berleluasa dalam aktiviti perbankan dan wang kertas.

Emas adalah wang paling stabil pernah digunakan manusia dan ia sudah terbukti digunakan sejak daripada awal tamadun Islam sehingga ke hari ini. Kestabilan nilai emas dapat mengelakkan daripada berlakunya inflasi dan krisis ekonomi.

Malah, emas tidak boleh dicetak sewenang-wenangnya oleh sesebuah kerajaan seperti wang kertas menyebabkan nilainya tidak mungkin susut atau jatuh seperti mana nilai wang yang digunakan sekarang.

No comments:

Post a Comment