Assalamua'laikum & slmt sejahtera semuanya 'Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba satu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan"-Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal'. " Allah Jadikan Dua Logam Yang Bernilai ( Emas dan Perak) Sebagai Pengukur Kepada Barangan Dagangan. Logam Ini Seringkali dijadikan Ukuran Kekayaan Seseorang. Walaupun Adakalanya Barangan Lain Turut Menyimpan Nilai Yang Tersendiri, Akhirnya ia Akan digunakan Untuk Mendapatkan Emas Dan Perak. Barangan Dagangan Lain Terkesan Akibat Turun Naik Pasaran, Sedangkan Emas dan Perak Tidak" - Ibnu Khaldun -

Wednesday 25 May 2011

Syurga Emas

 
Kenapa emas? Diantaranya kerna ia selamat dr inflasi berbanding pelaburan menggunakan duit kertas..
Sedikit tips utk menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Dengan kenaikkan harga emas pd setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.Seperti kata Master Cikgu Shukor (motivator emas terkenal dimalaysia)
"Ramai dikalangan org melayu masih cetek dlm kepentingan emas" :(

Sering kali kita mendengar org berkata-
”Emas skrg mahal, tunggu turun la baru beli”
Persoalannya? adakah emas akan turun mendadak sedangkan realitinya sentiasa naik dr tahun ke tahun!

Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan(mudah x peningkan kepala beli emas dpt emas)
2. Beli dan Ar Rahnu (hanya terdesak memerlukan wang atau buat pusingan modal)
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas( pd yg minat berniaga)


CARA PALING MUDAH : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 1-4 tahun(short term).4-7 tahun(midle term) dan7 tahun keatas(long term)

Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.mlh ada yg mengatakan 30%- 50%,malah apa yg  telah berlaku dulu iaitu(gold tsunami 2005-2010=250%) !
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB (hanya 8.75% 2010 dividen 7.5% + bonus 1.25%)dan sebagainya.

Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.

Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.(paling penting utk keberkatan kehidupan :)
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.

Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM1 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 1450. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm450 sahaja .......modal yg kecil keuntungan yg kecil jika besar maka pulangan juga BESAR..

2 comments:

  1. apakah ini semua????

    ReplyDelete
  2. Kepentingan menyimpan emas sebagai aset simpanan dan pelaburan yg untung dan selamat (kalis inflasi)

    ReplyDelete